KEPENTINGAN TMK DALAM KEHIDUPAN :D
Thursday, 21 April 2016
JENIS-JENIS RANGKAIAN KOMPUTER
Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu :
1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network-LAN)
2. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)
3. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Network-MAN)
2. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN)
3. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Network-MAN)
1. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
– Terhad kepada batasan geografi yang kecil.
– Contoh LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau
kampus.
– Fungsi asas LAN
a) Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer.
b) Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.
c) Cara pemasangan
Rangkaian LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

2. Rangkaian Kawasan Luas (WAN)
a) Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas.
b) WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia.
c) Wan berupaya menghubungkan sekolah-sekolah diflorida dengan tempat-tempat lain didunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaj,tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
d) Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung secara global dan antarabangsa seperti internet.

3. Rangkaian Kawasan Metropolitan MAN
a) Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
b) Rangkaian MAN biasanya beroperasi dibandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.
c) Dengan menggunakan rangkaian MAN,informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
d) Contoh penggunaan MAN-perpustakaan-perpustakaan awam, dan agensi kerajaan.

Sumber penerangan: http://halimaton.wordpress.com/2007/08/21/jenis-jenis-rangkaian/
BAB 3: RANGKAIAN DAN KOMUNIKASI
Definisi rangkaian komputer
- Rangkaian komputer boleh ditakrifkan sebagai sekumpulan komputer, pencetak, pelayan dan lain-lain peranti yang boleh dihubungkan bersama dengan medium dan peranti komunikasi tertentu.
- Setiap peranti yang disambungkan ke rangkaian itu dikenali sebagai nod. Rangkaian boleh terdiri daripada berpuluh-puluh, beratus, beribu atau berjuta nod.
- Menerusi rangkaian komputer, maklumat dapat dipindahkan merentasi dunia dan sempadan melalui medium seperti kabel, gelombang radio, pancaran infra merah atau satelit.
- Ini membolehkan pengguna berkongsi data, maklumat, perkakasan dan perisian.
Definisi Komunikasi
- Komunikasi merupakan proses penghantaran data atau maklumat yang terdapat di dalam berbagai bentuk iaitu teks, imej, audio, isyarat, video, grafik dan lain-lain.
- Proses komunikasi ini boleh berlaku antara manusia dengan komputer, antara komputer dengan manusia, alat dan alat dan banyak lagi.
- Data atau maklumat yang di bawa dari penghantar ke penerima mesti melalui media komunikasi yang menjadi saluran untuk membawa mesej. Antara media komunikasi ialah talian telefon, gelombang mikro atau wayarles.
- Perkembangan teknologi komunikasi adalah berkaitan dengan penggunaan internet, web, tesedidang, telefon bimbit, komunikasi tanpa wayar, satelit, 3G, 4G dan banyak lagi.
PELUASAN PENGKOMPUTERAN
Apakah itu Peluasan Pengkomputeran?
Apakah itu Peluasan Pengkomputeran?
- Penggunaan teknologi perkomputeran digunakan meluas dan ianya diserapkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian kita di mana pengguna tidak menyedari terdapatnya teknologi perkomputeran yang terpasang di dalam peranti - peranti yang digunakan secara meluas.
- Ia menggunakan teknologi laman sesawang, peranti mudah alih, komunikasi tanpa wayar dan sistem perkomputeran yang asas.
- Keupayaan untuk menyampaikan maklumat menerusi sebarang rangkaian dapat ditingkatkan kerana dilengkapi dengan komputer terpasang dalam, dirangkaikan dan ianya dihubungkandengan teknologi tanpa wayar.
- Perantinya, bukannya komputer peribadi, tetapi ianya bersaiz sangat kecil sehinggakan ia sukar dilihat, mudah alih dan terpasang di dalam objek yang dapat dilihat di mana peranti - peranti ini boleh bersambungan dan berkomunikasi melalui rangkaian - rangkaian.
- Antara contoh peranti peluasan pengkomputeran:
- Peranti GPS di dalam kenderaan
- merupakan satu peranti penunjuk arah
- sentiasa berkomunikasi dengan satelit untuk menentukan lokasi longitud dan latitud semasa
- dipadankan dengan peta yang terdapat di dalam peranti berkenaan
- Kereta Hybrid
- menggunakan tenaga elektrik dan sedikit bahan api untuk menggerakkan kereta berkenaan
- terdapat maklumat konseptual dan sistem pandu arah
- menyediakan teknologi untuk meningkatkan penggunaan media semasa memandu
- menawarkan alat - alat komunikasi untuk pemandu dan penumpang
- Telefon Pintar
- menggabungkan semua teknologi semasa
- menawarkan kemudahan mudah alih kepada pengguna seperti internet, perisian pejabat, telefon telesidang, sistem pandu arah dan sebagainya
- SmartTAG
Sumber penerangan: http://compsys6.blogspot.my/2012/11/peluasan-pengkomputeran-pervasive.html
Subscribe to:
Comments (Atom)