JENAYAH KOMPUTER
Jenayah komputer iaitu sebarang aktiviti jenayah melibatkan penggunaan komputer. cth nya seperti penipuan komputer, cetak rompak, dan serangan komputer
undang-undang cyber / cyber law iaitu akta utk melindungi pengguna internet dan teknologi komunikasi atas talian
tujuannya utk lindungi maklumat, transasksi online,kerahsiaan maklumat,harta intelek dan keselamatan data kerajaan
UNDANG-UNDANG SIBER DI MALAYSIA ialah:
1. Akta tandantangan digital 1997
2. Akta jenayah komputer 1997
3. Akta teleperubatan 1997
4. Akta hakcipta 2000
5. Akta paten 1983
6. Akta rekaan industri 1996
Contoh jenayah komputer:
1. Penipuan komputer / computer fraud- orang yg menggunakan kemahiran komputernya dengan mengambil kesempatan ke atas orang lain untuk kepentingan dan mendapatkan keuntungan. Caranya melalui email-hoaxes / helah email, penipuan program , skim pelaburan, promosi jualan dan tuntutan kepakaran dalam sesutau bidang
2. Pelanggaran hakcipta / cetak rompak - menggunakan hasil kerja orang lain dan menjadikannya milik sendiri. cth salin CD lagu dan jual kat pasar malam
3. Kecurian komputer - menggunakan atau mencuri milik orang lain tanpa kebenaran pemilik asal. cthnya memindah bayaran kepada penerima yang salah menerusi akaun bank. hecking atau ceroboh penghantaran data dalam pengkalan data dan melencongkan penghantaran barang ke tempat lain atau penerima yang tidak sah
4. Serangan komputer - aktiviti mengganggu sistem komputer seperti merosakkan data atau peralatan sistem komputer.
serangan komputer dalam 3 bentuk: serangan fizikal, elektronik dan serangan sistem rangkaian
1. serangan fizikal - rosakkan komputer atau talian penghantarannya. potong cable
2. serangan elektronik- gunakan kuasa elektromagnet untuk rosakkan litar induk komputer
3. Serangan rangkaian komputer- guna kod berniat jahat (maliciuos code) utk mengekploitasi kelemahan perisian.
KAWALAN KESELAMATAN KOMPUTER
kawalan keselamatan komputer iaitu perlindungan ke atas sistem komputer dan maklumat daripada diceroboh /dimasuki secara tidak sah, kerosakan kerana pencerobohan , dimusnahkan atau ubahsuai secara tidak sah serta malapetaka semulajadi.
Ada 4 cara untuk menjaga keselamatan komputer untuk menghalang penggodam dan penceroboh sistem, unsur sabotaj atau seupamanya iaitu melalui keselamatan perkakasan, keselamatan perisian, keselamatan rangkaian dan mengambil langkah-langkah keselamatan aspek manusia
1. keselamatan perkakasan - kunci komputer guna kunci komputer atau mangga kunci
2. Keselamatan perisian - pasang antivirus , antispyware
3.Keselamatan rangkaian - pasang firewall
4. Aspek manusia - pekerja perlu berhati-hati semasa mengurus sistem komputer. Elakkan kesemua ancaman komputer daripada berlaku
ANCAMAN KESELAMATAN KOMPUTER
1. Maliciuos code / kod berniat jahat- iaitu program nakal berniat jahat. menyebabkan kerosakan pada perisian lain. pencipta kod jahat ini suka kalau sistem komputer rosak dan tidak dapat beroperasi. cth kod berniat jahat ini adalah virus, kuda trojan/trojan horse, bom logik,trapdoor dan backdoor, cacing/worm dsb.
2. Penggodam / hacker - biasanya orang yg mahir dalam IT. memasuki sistem komputer secara tidak sah. mendapatkan data dan menjualnya dan merosakkan data dan sistem komputer yang diceroboh.
3. Kecurian komputer secara fizikal dan menggunakan komputer sebagai medium untuk mencuri. cthnya memindahkan wang daripada akun bank ke akaun yg salah dan mencuri komputer secara fizikal. cthnya curi notebook dan jual kepada orang lain.
4. Malapelata semula jadi /bencana alam /natural and environment threat cthnya banjir,ribut,gemabumi,puting beliung, kebakaran, bebanan kuasa letrik
Termasuk dalam skop pencurian komputer ialah mencuri duit, barangan dan maklumat serta sumber menggunakan komputer. mencuri komputer secara fizikal seperti mencuri komputer riba dan jual kepada orang lain atau pakai sendiri. mengguna komputer untuk mencuri duit di bank adalah bentuk pencurian komputer secara bukan fizikal. guna komputer untuk buat jenayah
Langkah keselamatan - Computer threat VS security measure
1. ancaman virus - kena guna antivirus seperti kaspersky antivirus, AVG,Avira, Panda , Norton, Mac Affe antivirus dsb..
2. Spyware - guna antispyware sepert Ad Aware, Spybot Search and Destroy
3. Cryptografi - menyembunyikan maklumat- Proses Encryript iaitu mengubah data kepada bentuk tertentu supaya orang lain tak dapat baca kecuali penerima sahaja. Ia kemudian perlu ditukar semula ke bentuk difahami oleh penerima - Proses decryption/ decrypt - menormalkan semula
cth : teks normal = akaun saya, teks yg di kript mungkin dilihat begini = (*nb%6 @!?<
4. Kehilangan data akibat bencana alam - kena buat backup data/salinan data ke dalam thumbdrive, CD, external hard disk, simpan kat webhosting atas talian
5. Pencerobohan ke dalam sistem komputer - pasang firewall. iaitu perisian penapis atau komputer host yg befungsi menghalang pencerobohan.
6. Aspek manusia - pengguna komputer perlu diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap keselamatan komputer. Sebarang ancaman terhadap sistem komputer dan data hendaklah dicegah dari awal.
Sumber penerangan: http://panitiaict-semekar.blogspot.my/2011/07/pengenalan-kepada-teknologi-maklumat.html
No comments:
Post a Comment