Thursday, 21 April 2016


PERISIAN SUMBER TERBUKA

Apakah itu Perisian Sumber Terbuka?

Perisian sumber terbuka adalah perisian percuma yang bebas diguna dan juga boleh didapati dalam bentuk kod sumber dan lain - lain hak tertentu yang biasanya dikhaskan dibawah lesen sumber terbuka.Ia membenarkan pengguna untuk mengkaji, mengubah, memperbaiki dan pada masa - masa tertentu juga untuk mengedarkan perisian.

Ciri - ciri Perisian Sumber Terbuka:


Pengedaran semula bebas
  • Tidak memerlukan sebarang royalti atau lain - lain bayaran bagi penjualan tertentu.
Kod sumber
  • Dibekalkan dengan kod sumber dan membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran dalam bentuk kompil.
Keutuhan kod pencipta kod sumber
  • Perlu mematuhi lesennya GPL yang mana perisian boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Kos mendapatkan perisian rendah
  • Murah kerana ia boleh dimuat turun dari internet atau laman sesawang penciptanya atau kumpulan yang menyelenggara. 
Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka

  • Suatu set program - program komputer yang paling kompleks dan berfungsi dalammengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan.
  • Menyediakan antara muka pengguna dan membolehkan program aplikasi dipasang.
  • Boleh diperolehi secara terus dari laman sesawang penciptanya dengan memuat turun atau meminta untuk menghantarkan CD terus ke rumah.
  • Boleh memuat turun kod sumbernya untuk tujuan penambahbaikan bagi pengguna yang mempunyai pengetahuan dan berkebolehan.
  • Antara contoh perisian sistem pengoperasian terbuka:
    • Haiku
      • Image result for haiku perisian
      • dikenali sebagai OpenBeOS
      • pembangunan yang direka dari bawah ke atas untuk komputer
      • diinspirasikan oleh BeOS
      • memberikan pengguna semua peringkat dengan pengalaman pengkomputeran peribadi yang mudah lagi berkuasa dan bebas daripada kerumitan
    • OpenSolaris
      • dicipta oleh Sun Microsystems untuk membina komuniti pemaju teknologi sistem pengoperasian Solaris
    • Linux
      • sistem operasi komputer mirip Unix
      • contoh paling baik bagi pembangunan perisian bebas dan sumber terbuka
      • kod sumbernya yang boleh diubah suai, digunakan dan disebarkan oleh sesiapa sahaja
      • antara yang digemari
      • Image result for linux
        • RedHat
        • CentOS
        • SUSE
        • Ubuntu
        • Android

Perisian Aplikasi Sumber Terbuka

  • Digunakan untuk memudahkan atau membantu pengguna dalam tugas seharian.
  • Membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan teks. imej dan maklumat lain yang terdapat di laman sesaawang.
  • Boleh diperolehi secara terus dari laman sesawang penciptanya iaitu dengan memuat turun atau meminta untuk menghantar CD ke rumah.
  • Percuma dan boleh digunakan tanpa sebarang syarat dan sekatan.
  • Pengguna yang memiliki pengetahuan dan kebolehan boleh memuat turun kod sumbernya untuk tujuan penambahbaikan.
  • Antara contoh perisian aplikasi sumber terbuka:
  • Image result for editor grafik
    • Editor Grafik
      • Gimpshop - menjadi saingan kepada Adobe Photoshop
      • Xara Xtreme - sesuai untuk semua keadaan untuk platform Linux dan Unix
      • Synfig - program animasi vektor 2D sesuai untuk mereka yang menghasilkan kartun
    • Pemain Media
      • Image result for media player
      • Media Player Classic - versi termaju dari program Windows Media Player yang menawarkan sokongan fail AVI untuk sari kata dan sokongan fail Quick Time dan Real Video
      • VLC - program mudah alih untuk pemain multimedia yang berbilang platform dan pelayan streaming
      • XboxMediaPlayer - pemain multimedia daripada Microsoft yang berguna untuk      melihat fail media seperti  VOB, AVI, MP3 dan lain - lain
    • Pejabat
      • OpenOffice.org - serasi dengan pelbagai OS berlainan seperti linux, Microsoft Windows, Solaris, OpenVMS, IRIX dan Mac OS X
      • KOffice - disepadukan untuk KDE ( K Dekstop Environment) yang terdiri daripada pelbagai aplikasi
      • NeoOffice - pakej pejabat OpenOffice.org yang dipindahkan ke Mac OS X
    • Pelayar Web
      • Konqueror - sebahagian KDE yang hebat untuk Linux yang mempunyai ciri - ciri sama dengan Firefox
      • Lynx - berbilang serasi dengan Unix, Windows dan Mac
      • Mozilla Firefox - yang pantas, berkuasa dan selamat serta serasi dengan Linux dan Windows
    • E-mel Pelanggan
      • Thunderbird - selamat dengan beberapa pilihan penyesuaian untuk memenuhi keperluan pengguna
      • Evolusi - lebih popular sebagai Outlook bagi platform Linux, kalendar, buku alamat dan ciri - ciri lain
      • ICEMail - sokongan Java untuk standard e-mel yang terbaru 
    • Perkongsian Fail & FTP
      • CoreFTP - membolehkan proses muat naik/ muat turun / padam fail dan direktori, integrasi dengan pelayar web dan kebenaran pengendalian fail
      • FileZilla - percuma, cepat dan boleh dipercayai serta serasi dengan Windows
      • LimeWire - perkongsian fail Gnutella adalah platform berbilang yang membolehkan pelanggan berkongsi pelbagai jenis fail.

No comments:

Post a Comment