Apakah itu Peluasan Pengkomputeran?
- Penggunaan teknologi perkomputeran digunakan meluas dan ianya diserapkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian kita di mana pengguna tidak menyedari terdapatnya teknologi perkomputeran yang terpasang di dalam peranti - peranti yang digunakan secara meluas.
- Ia menggunakan teknologi laman sesawang, peranti mudah alih, komunikasi tanpa wayar dan sistem perkomputeran yang asas.
- Keupayaan untuk menyampaikan maklumat menerusi sebarang rangkaian dapat ditingkatkan kerana dilengkapi dengan komputer terpasang dalam, dirangkaikan dan ianya dihubungkandengan teknologi tanpa wayar.
- Perantinya, bukannya komputer peribadi, tetapi ianya bersaiz sangat kecil sehinggakan ia sukar dilihat, mudah alih dan terpasang di dalam objek yang dapat dilihat di mana peranti - peranti ini boleh bersambungan dan berkomunikasi melalui rangkaian - rangkaian.
- Antara contoh peranti peluasan pengkomputeran:
- Peranti GPS di dalam kenderaan
- merupakan satu peranti penunjuk arah
- sentiasa berkomunikasi dengan satelit untuk menentukan lokasi longitud dan latitud semasa
- dipadankan dengan peta yang terdapat di dalam peranti berkenaan
- Kereta Hybrid
- menggunakan tenaga elektrik dan sedikit bahan api untuk menggerakkan kereta berkenaan
- terdapat maklumat konseptual dan sistem pandu arah
- menyediakan teknologi untuk meningkatkan penggunaan media semasa memandu
- menawarkan alat - alat komunikasi untuk pemandu dan penumpang
- Telefon Pintar
- menggabungkan semua teknologi semasa
- menawarkan kemudahan mudah alih kepada pengguna seperti internet, perisian pejabat, telefon telesidang, sistem pandu arah dan sebagainya
- SmartTAG
Sumber penerangan: http://compsys6.blogspot.my/2012/11/peluasan-pengkomputeran-pervasive.html
No comments:
Post a Comment