TMK mempunyai kesan positif dan juga kesan negatif kepada masyarakat dalam setiap bidang seperti berikut:
a. Positif
1. Memudahkan Komunikasi
Kemudahan ini dapat diukur dari segi kebolehan untuk berkomunikasi pada bila-bila masa pada kadar kos yang rendah.
2. Meluaskan Pandangan dan Pengetahuan
Kita boleh mendapat pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber, sama ada dari segi dalam atau luar negara tanpa sempadan dan batasan.
3. Memudahkan dan Memantapkan Proses Pendidikan
Keupayaan media untuk menggerakkan deria-deria utama manusia menyebabkan proses pembelajaran itu berlaku dengan berkesan.
b. Negatif
1. Kehilangan Pekerjaan
Kesan kepada pekerja yang berasa terancam mata pencariannya, seperti di kilang-kilang di mana pihak pengurusan kilang mengurangkan bilangan pekerjanya kerana beberapa proses dapat digantikan dengan penggunaan robot atau mesin.
2. Pendedahan Kepada Sumber
Cerita-cerita atau gambar-gambar yang tidak bermoral terdedah kepada sumber yang membolehkan semua pengguna boleh melihatnya. Menyebabkan kes-kes seperti hubungan sex luar nikah dan pembuangan bayi semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
3. Memudaratkan Kesihatan
Penggunaan perkakasan teknologi maklumat boleh memudaratkan penggunaan seperti rosak
pengelihatan, terdedah kepada sinaran dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment