Thursday, 21 April 2016


KESELAMATAN KOMPUTER


  • Keselamatan komputer diperlukan untuk melindungi sistem komputer dan maklumat daripada penggunaan yang tidak sah, kerosakan akibat pencerobohan dan bencana alam.
  • Terdapat empat jenis kawalan keselamatan komputer untuk menjamin kualiti dan keselamatan sistem komputer iaitu menerusi perkakasan, perisian dan rangkaian keselamatan.
  • Langkah-langkah keselamatan diambil untuk mengelakan daripada serangan penggodam, pencerobohan, sabotaj dan sebagainya.
JENIS ANCAMAN KOMPUTER
Virus 

Satu program atau kod yang membiak dengan menjangkiti fail atau program lain di dalam komputer tanpa disedari
Image result for virus komputerContoh :
          •  Virus di dalam ‘windows’ dan ‘hard disk’
  Merebak menerusi e-mel, disket, ‘pendrive’ 






Cecacing (Worm)

Satu program yang berupaya membiak dengan menyalin dirinya sendiri. Ia tidak perlu menjangkiti fail-fail atau program-program lain terlebih dahulu.
Contoh :
•   Merebak menerusi sistem rangkaian seperti e-mel dan
     perkongsian ‘folder’
•   Boleh juga merebak menerusi disket dan ‘Pen drive’Cec

Trojan Horse

Program yang menyamar diri kepada program lain sebagai satu mesej atau program tertentu untuk memperdaya pengguna.
Contoh :
•  Mesej yang dipaparkan mengelirukan pengguna.
•  Memberi laluan kepada hacker untuk menggodam komputer.

Adware

Program yang menghantar iklan kepada pengguna melalui “pop-up” atau melalui antaramuka program yang lain.Ia dimuat turun secara disedari atau tidak menerusi ‘shareware’ atau ‘freeware’, atau  ‘email’.



Spyware

Image result for spyware komputer
Program yang berupaya mengintip dan mengesan maklumat yang terdapat di dalam komputer pengguna
dan aktiviti- aktiviti yang sering mereka lakukan menerusi talian internet. Maklumat yang dikumpul biasanya ‘password’,‘no akaun’, ‘maklumat peribadi ’ untuk dihantar kepada ‘hacker’ 





Hacker

Individu yang menceroboh sistem komputer tanpa kebenaran untuk melihat data, mencuri data dan melakukan kerosakan-kerosakan lain





Spam

Dikenali sebagai ‘junk email’ atau email yang dikategorikan sebagai email sampah yang masuk secara automatik dan menyesakkan ‘inbox’ pengguna.

Phishing

Satu bentuk penipuan menerusi email untuk mendapatkan maklumat peribadi.
Contoh :
Email yang diterima daripada bank meminta melakukan  transaksi secara ‘online’ di laman web palsu dan membolehkan ‘password’  dan maklumat peribadi dicuri. 

Dialer

Satu eksploitasi ke atas sistem modem (dial up) untuk tujuan mengaut keuntungan 
Contoh : Mencuri Line Telefon






No comments:

Post a Comment